Khamis, 29 Disember 2016

Seniman Negara Tan Sri S.M Salim Meninggal Dunia

Seniman negara, SM Salim, 88 meninggal dunia Seniman Tan Sri S.M Salim meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada 5.44 petang. - Gambar Astro AWANI KUALA LUMPUR: : Seniman negara, Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur kira-kira jam 5.40 petang Khamis. SM Salim atau nama sebenar, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1950an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik. Seniman veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan pergerakannya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas. Buat masa ini, keluarga Allahyarham sedang membuat persediaan pengebumian. Kenyataan media dari pihak keluarga menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan