Sabtu, 31 Disember 2016

GAJI PEMAIN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

Jumaat, 30 Disember 2016

Cincau / lengkong merawat Darah Tinggi

PETUA: Petua Darah Tinggi Kepada pesakit darah tinggi ada satu petua yg amat terbaik untuk diamalkan iaitu makan 'lengkong/cincau" Kalau nak lebih mudah blender semua cincau dengan air dan minum macam biasa. Cara makan ialah setiap 2-3 hari sekali ( mengikut tahap ketinggian darah) tapi Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari. Banyak terdapat di pasar atau pasaraya yang dijual dalam paket-paket kecil. caranya: potong lengkong kecil2 masuk dalam jug dan isi air. atau boleh blend macam biasa...minum berulang kali-( jangan tambahkan gula) JANGAN MAKAN HARI HARI NANTI JADI DARAH RENDAH PULA

Anti kanser

PETUA: Khasiat Durian Belanda 1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. 2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan. 3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan. 4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. 5) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. 6) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan ! 7) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

TIPS KURUS MUDAH DAN JIMAT

PETUA: RESEPI DETOX BAWANG PUTIH UNTUK KESIHATAN & KURUSKAN BADAN resepi bawang putih Cara penyediaan dan bahan: Bahan : 100g (panjang 125 mm) halia muda 1 labu bawang putih 3 biji (125 ml) lemon juice cuka apple cider (125 ml) madu lebah (350 ml) Cara penyediaan: Blendkan halia dan bawang putih secara berasingan menggunakan 125 ml air tiap-tiap satu. Campurkan air halia yang telah diblend dengan lemon juice dan cuka apple cider mengikut sukatan diatas. Panaskan ramuan campuran menggunakan api kecil selama 45 hingga 60 minit. Masukkan air bawang putih kedalam campuran yang dipanaskan pada 10 minit terakhir. Biarkan campuran yang telah dimasak sehingga sejuk. Akhir sekali masuk madu lebah kedalam ramuan campuran , kacau dengan sudu plastik hingga sebati sambil diiringi bacaan Al Fatihah dan selawat atas Nabi s.a.w. Simpan ubat di dalam bekas kaca bertutup di tempat sejuk. Cara makan: Minum 1 sudu besar (table spoon) sebelum sarapan pagi setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur semasa perut kosong.

Tauge dan Khasiatnya

PETUA: 6 Khasiat Tauge Yang Tidak Diketahui Umum Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bila sebut pasal taugeh/tauge ni mesti ada yang tak suka dengan makanan ni, terutamanya golongan kanak-kanak. Tapi tahukah anda terdapat 6 khasiat tauge yang baik yang ramai tak tahu.. Antaranya: 1. Cegah Kanser 2. Baik Untuk Wanita 3. Lebih Subur 4. Kurangkan Lemak 5. Buang Kotoran 6. Lebih Muda 1. Cegah Kanser Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas. 2. Baik Untuk Wanita Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. 3. Lebih Subur Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan. 4. Kurangkan Lemak Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%. 5. Buang Kotoran Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser. 6. Lebih Muda Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Nanas dan Khasiatnya

Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan acap kali risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'. Sehinggakan ada yang tak suka makan langsung buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit. Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak! 1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema. 2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus. 3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan. 4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung. 5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya. 6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat. Kurangkan Sakit Artritis 7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan. 8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang. 9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom terowong karpal dan gout. 10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus. 11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. 12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. 13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. 14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

JADUAL PERTANDINGAN LIGA MALAYSIA 2017 & PIALA FA 2017

[JADUAL PERTANDINGAN LIGA MALAYSIA 2017 & PIALA FA 2017] ==== Berikut adalah jadual Liga Super 2017, 100PLUS Liga Premier 2017 dan Piala FA 2017. Walau bagaimanapun, ingin kami jelaskan kepada umum bahawa terdapat sedikit kelewatan penjadualan Liga Malaysia 2017 disebabkan oleh beberapa faktor tertentu; 1. Penjadualan ini telah mengambil kira jadual pasukan yang terlibat dalam pertandingan AFC Champions League 2017, AFC Cup 2017, penganjuran Sukan SEA 2017 serta kalendar FIFA bagi pasukan kebangsaan. Sekiranya Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke pertandingan AFC Champions League 2017 serta Felda United FC dan Kedah layak ke pertandingan AFC Cup 2017, FMLLP akan mengeluarkan jadual liga yang baharu melibatkan perlawanan Liga Super pasukan JDT iaitu minggu perlawanan LS7 dan LS12 (dan mana-mana perlawanan Felda United FC atau Kedah yang berkaitan sekiranya perlu). 2. Perkongsian venue perlawanan oleh pasukan – Jadual turut mengambil kira faktor perkongsian venue bagi beberapa pasukan yang terlibat dan juga penutupan venue asal bagi proses menaiktaraf, penyelenggaraan dan pertembungan acara lain yang telah dirancang lebih awal. Pihak pengurusan stadium juga tidak mengalakkan pengunaan padang secara berturut-turut dalam minggu perlawanan yang sama bagi menjaga mutu dan kualiti padang. Disebabkan ini, FMLLP harus memikirkan jadual yang terbaik bagi memastikan pasukan yang berkongsi venue yang sama tidak menggunakan padang tersebut secara berturut-turut kepada kadar minimum. 3. Faktor keselamatan – Atas isu penugasan anggota keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan keselamatan perlawanan di dalam negeri yang mempunyai lebih daripada satu pasukan bertanding pada hari perlawanan yang sama. Dengan ini penjadualan Liga Malaysia 2017 telah ditetapkan mengikut kesesuaian dan FMLLP telah berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan kesulitan pasukan yang terlibat kepada kadar minimum.

Khamis, 29 Disember 2016

SEJARAH MALIM NAWAR

ASAL NAMA MALIM NAWAR Menurut cerita orang tua, nama Malim Nawar berasal daripada nama seorang mualim (ilmuan ugama) yang terkenal yang bernama Alim. Pada masa itu, sesiapa sahaja yang sakit maka mereka akan berjumpa dengan mualim tersebut bagi mendapat air penawar yang dipercayai mujarab bagi menyembuhkan banyak penyakitnya. Oleh yang demikian, bomoh mualim menjadi terkenal di daerah Kinta ini. Orang ramai sering menyebut-nyebut tentang kebijaksanaan mualim dan tentang air penawarnya. Lama-kelamaan nama mualim dan penawar kemudian dicantumkan menjadi perkataan Malim Nawar yang dikenali hingga sekarang. Selain nama Malim Nawar, pekan ini juga dikenali sebagai Sungai Kunyit. Gelaran nama ini biasanya disebut-sebut oleh masyarakat Cina. Ia terkenal dengan hasil keluaran bijih timah pada suatu masa dahulu. Dipercayai bahawa nama Sungai Kunyit adalah panggilan bagi masyarakat Cina bagi sebatang sungai yang terletak di tepi jalan raya berhampiran dengan sebuah tokong Cina. Nama Sungai Kunyit juga digunakan sebagai nama terjemahan bagi bangsa Cina untuk pekan Malim Nawar hingga kini.

ADAB MENZIARAHI PUSARA

RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur, Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka,,,1X ANDA BAGI DAN SEBAR MUNGKIN DPT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI Tajuk : Adab menziarahi kubur. Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pd hari khamis selepas asar, sepanjang hari jumaat dan hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak2 menziarahinya. Iman al-Bukhari meriwayatkan drpd Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw : Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pd hari2 tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kpd kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT. Jika anak tersebut adalah seorang yg derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat. Ketika dikubur : 1. Memberi salam kpd simati dgn panggilan yg biasa semasa hayatnya. Seperti " Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam. 2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat. 3. Membaca quran atau doa2 yg baik utk simati. Kitab Riyadhus Solihin,

PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI

PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI AIR REBUSAN KULIT DAN DAUN POKOK GAJUS Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk menghilangkan rasa sakit gigi, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang. Selamat mencuba

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW --------------------------- 01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu Fajar dan Ishraq . Asar dan Maghrib . Maghrib dan Isya. --------------------------- 02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan. --------------------------- 03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur. --------------------------- 04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri. --------------------------- 05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi. --------------------------- 06. Jangan mematah-matahkan jari anda. --------------------------- 07. Periksa kasut anda sebelum memakainya. --------------------------- 08. Jangan mendongak ketika sedang solat. --------------------------- 09. Jangan meludah didalam tandas. --------------------------- 10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang. --------------------------- 11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain --------------------------- 12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda. --------------------------- 13. Jangan meniup makanan yang sedang panas . Sebaliknya anda boleh mengipasnya. --------------------------- 14. Jangan mencari kesalahan orang lain. --------------------------- 15. Jangan bercakap diantara waktu Azan dan Iqamat. --------------------------- 16. Jangan bercakap didalam tandas. --------------------------- 17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda. --------------------------- 18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda. --------------------------- 19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan. --------------------------- 20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan. --------------------------- 21. Jangan mencurigai tentang rakan anda. --------------------------- 22. Jangan menipu sepanjang masa. --------------------------- 23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan. --------------------------- 24. Berkata dengan jelas . Agar orang lain boleh fahami apa yang anda katakan. --------------------------- 25. Hindarkan berjalan sendirian. --------------------------- 26. Jangan membuat keputusan sendiri . Tapi rujuk pada yang arif. --------------------------- 27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri. --------------------------- 28. Jangan mencela makanan anda. --------------------------- 29. Jangan bermegah(sombong). --------------------------- 30. Jangan menghalau pengemis. --------------------------- 31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik. --------------------------- 32. Sabar ketika dalam kesusahan. --------------------------- 33. Membantu dengan tujuan yang baik. --------------------------- 34. Muhasabah diri dan bertaubat. --------------------------- 35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu. --------------------------- 36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada disaat ini. --------------------------- 37. Jangan tidur berlebihan . Ini akan menyebabkan penyakit lupa. --------------------------- 38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari(istighfar). --------------------------- 39. Jangan makan dalam gelap --------------------------- 40. Jangan makan dengan mulut yang penuh. --------------------------- Hantarkan lah pada sahabat anda . Untuk mengingatkan mereka . Semoga Allah merahmati kamu . Amin -------------------------

HAK PENUMPANG JIKA FLIGHT DELAY

HAK PENUMPANG JIKA FLIGHT DELAY. Korang mesti pernah rasa jika flight delay kan? Ada sesetengah kes yang terjadi bila syarikat penerbangan cancel flight korang tanpa penjelasan. Untuk makluman korang, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah mengeluarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada 30 Jun 2016 dengan tujuan melindungi hak-hak pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia. Di dalam Kod Perlindungan ini, antara perkara-perkara penting yang diberi penjelasan dan perlu kita tahu ialah: 1. Jika penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dalam hal ini penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma iaitu makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet. Penumpang juga hendaklah ditawarkan penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan. 2. Bagi kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih. Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu. 3. Bagi kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih. Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan. 4. Jika penerbangan dibatalkan. Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara pembayaran ganti rugi dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli termasuk cukai dan fi ATAU ditawarkan perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding. Sumber : First Schedule, Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016.

Seniman Negara Tan Sri S.M Salim Meninggal Dunia

Seniman negara, SM Salim, 88 meninggal dunia Seniman Tan Sri S.M Salim meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada 5.44 petang. - Gambar Astro AWANI KUALA LUMPUR: : Seniman negara, Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur kira-kira jam 5.40 petang Khamis. SM Salim atau nama sebenar, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1950an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik. Seniman veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan pergerakannya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas. Buat masa ini, keluarga Allahyarham sedang membuat persediaan pengebumian. Kenyataan media dari pihak keluarga menyusul.

Lukman Al Hakim

Lukman Al Hakim. Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasehati anaknya tentang hakikat hidup. "Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir." "Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya." "Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedangmenggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu." "Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya." "Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit darikemiskinan dan kehinaan." "Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang." "Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah: 1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik. 2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu. 3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu. 4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu. 5. Ingatlah Allah selalu. 6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu 7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain. 8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

Rabu, 28 Disember 2016

Petua Kepada Kaki Hiking dan Jungle tracking

Petua kepada kaki hiking dan jungle tracking. Bila cuti, saya akan balik kampung, dan tinggal kt rumah atuk saya. Atuk saya ni memang buat kerja2 kampung. Saya pernah juga la ikut atuk redah hutan, semak samun. Walaupun jarang2 je.. Jadi, sebelum nk masuk hutan / kwasan2 semak, atuk saya bagi tips untuk elak pacat merayap dan gigit anggota badan kita. Pacat ni habitat yang tinggal di kawasan2 yang lembab, dalam hutan dan semak samun. Nampak kecik je, tp badan kita kalau takde antibodi kuat, gigitan dia boleh tinggal kesan kudis tau. Bahan utama yang kena ada, 1. TEMBAKAU. 2. KASUT 3. KAIN PERCA Atuk saya ni, sebelum nk masuk hutan dia akan pakai kasut "phua chu kang" legend dia. Lepas tu dia ambik tembakau yang dh lumat, dia serapkan pada kain perca. Kain tu dia lilit pada buku lali kasut dia. Lilitan kain tu kononnya zon terakhir pacat tu boleh merayap. Sebab pacat memang anti dengan tembakau. Masa tu, saya baru tau. Jadi, saya buat test nak pastikan mujarab atau tidak. Rupanya bila diletak pacat tu pada kain tembakau tu, terus "K.O" mcm "overdose". Jadi, yang suka dengan aktiviti Jungle Tracking, masuk hutan, boleh cuba cara tradisional ni. Sangat menjadi. Orang lama2 ni banyak sangat petua, yang kita orang sekarang tak banyak tau.. Sbb tu, kebanyakkan datuk nenek kita walau dah berumur lanjut, tapi jarang ada sakit. Sbb diorang ada banyak amalan2 petua penjagaan diri.. Sahabat2 yang ada petua2 orang lama, boleh kongsi sama-sama

Aduan Jalan Raya

Kerajaan Selangor memperkenalkan cara baru yang lebih canggih untuk melaporkan jalan-jalan rosak di bawah PBT dengan menggunakan aplikasi waze. Laporan tersebut akan diterima oleh PBT berkaitan untuk tindakan dalam tempoh 5 hari. Cubalah. #smartselangor #merakyatkanekonomiselangor

Luban- Makanan sunnah yang dianjurkan Nabi SAW.

PENGENALAN Luban merupakan makanan herba warisan sunnah yang agak kurang diketengahkan pada masa kini. Namun rahsia kehebatan luban yang luar biasa masih terpahat kukuh dalam lembaran kitab-kitab thurah atau dipanggil kitab tua atau lebih mesra dipanggil kitab kuning. Luban merupakan sejenis getah atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat di kawasan-kawasan beriklim panas seperti di Oman, Yaman, Syria, Mesir, India, Sri Lanka dan sebagainya.luban juga disebut sebagai Frankincense dan diperkenalkan di Eropah oleh tentera Perang Salib dari Perancis. Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan.Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.  Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” allubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban. Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu. Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam. Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini SEJARAH Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya menyebut dari Ibnu Abbas r.d. Anas r.a. dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan. Menurut buku perubatan moden “The Pharmaceutical Journal” Dr. John Boswell bertanggungjawab membuat kajian secara saintifik mengenai penggunaan luban mengikut kaedah perubatan moden. Oleh itu, Luban di namakan sebagai Pokok Boswellia bagi mengingati jasa beliau. Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew). Manakala bagi dunia Barat pula, nama “frankincense” adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis. Frankincense, seperti myrrh adalah getah pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua. KEISTIMEWAAN LUBAN 1.MAKANAN ANJURAN NABI : Berkongsi keberkatan makanan dan Amalan sunnah yg ditinggalkan...Setiap amalan sunnah sebenarnya tersirat rahsia keberkatan yang luar biasa dalam kehidupan manusia samada manusia cuba menyingkapnya atau tidak. Samada amalan berbentuk syariat ataupun amalan pemakanan. Setiap amalan yag disyorkan oleh nabi kita sebenarnya mempunyai hikmah atau rahsia yang besar disebalik suruhan baginda Muhammad s.a.w. utk dilaksanakan. Sebagai buktinya kami rasa bertanggujawab untuk berkongsi rahsia kehebatan luban,salah satu makanan sunnah yang kian terpinggir. Kehebatan khasiatnya telah disingkap oleh junjungan besar Nabi kita lebih 1400 tahun yang lampau dalam hadis-hadisnya yg terkandung dalam kitab-kitab perubatan Islam. Luban merupakan makanan As-sunnah yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Radhiallahu ajmain serta Imam As-Syafi’in dan ulama’-ulama’ agung selepasnya. Hal ini berdasarkan pesanan dan saranan Nabi kepada umat Islam agar menjadikan luban sebagai makanan untuk mencerdaskan minda dan menguatkan ingatan anak-anak bermula di dalam kandungan lagi. Rasulullah SAW bersabda: “Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.” - Kitab Thibbun Nabawi. Imam Ali Ridha (sa) berkata: “Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil.Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani.Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya.” - Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2) Rasulullah SAW bersabda: “Wahai perempuan–perempuan mengandung, perkenalkan olehmu kepada anak-anak kamu LUBAN semasa mereka di dalam perut kamu, kerana sesungguhnya ia dapat MENCERDASKAN AKAL dan MENGUATKAN INGATAN." Kitab Rahmah Thibbun Walhikmah , Imam Sayuti. Banyak riwayat dari Ibnu Abbas,Anas(r.anhuma) dan Saidina Ali(k.w) maksudnya : “Di riwayaktkan daripada SaidinaAli(k.w.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saidina Ali(k.w.) menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan”. Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lendir balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan sIstem pernafasan. Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah. Maka tidak rugi jika kita mengambil langkah awal untuk penjagaan minda, fizikal, rohani anak-anak kita sejak dari dalam kandungan , sehingga mereka lahir dan membesar dengan pengambilan makanan sunnah yang tiada tandingan dan penuh barokahnya. KHASIAT LUBAN Antara khasiat luban yg disebut oleh ulama' adalah: 1. Merawat penyakit lupa dan mengelakkan penyakit nyayuk. 2. Menguatkan penglihatan. 3. Membantu melawaskan sistem penghadaman. 4. Menghilangkan masalah kahak. 5. Mengeluarkan angin dalam badan. 6. Melawaskan pembuangan air kecil. 7. Mengelakkan masalah silsil bul ( kencing tak lawas ). 8. Merawat saraf lidah utk membantu meringankan masalah pertuturan dan mudah berkomunikasi. 9.Memberi ketenangan (menghilangkan stress) 10.Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran. 11.Menambahkan keyakinan diri 12.Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan Kini para ilmuwan telah mengamati bahwa ada kandungan dalam kemenyan yang menghentikan penyebaran kanker. Belum diketahui secara pasti kemungkinan kemenyan sebagai anti cancer. Luban juga disyorkan sebagai obat untuk tumor, bisul, muntah, disentri dan demam. Dalam perubatan tradisional Cina, kemenyan digunakan untuk mengubati masalah kulit dan pencernaan. Sedangkan di India, kemenyan digunakan untuk mengubati arthritis( lutut kurang lendir ). Khasiat kemenyan sebagai ubat arthritis tersebut mendapat dukungan dari penelitian makmal di Amerika.