Rabu, 28 Disember 2016

Luban- Makanan sunnah yang dianjurkan Nabi SAW.

PENGENALAN Luban merupakan makanan herba warisan sunnah yang agak kurang diketengahkan pada masa kini. Namun rahsia kehebatan luban yang luar biasa masih terpahat kukuh dalam lembaran kitab-kitab thurah atau dipanggil kitab tua atau lebih mesra dipanggil kitab kuning. Luban merupakan sejenis getah atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat di kawasan-kawasan beriklim panas seperti di Oman, Yaman, Syria, Mesir, India, Sri Lanka dan sebagainya.luban juga disebut sebagai Frankincense dan diperkenalkan di Eropah oleh tentera Perang Salib dari Perancis. Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan.Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.  Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” allubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban. Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu. Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam. Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini SEJARAH Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya menyebut dari Ibnu Abbas r.d. Anas r.a. dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan. Menurut buku perubatan moden “The Pharmaceutical Journal” Dr. John Boswell bertanggungjawab membuat kajian secara saintifik mengenai penggunaan luban mengikut kaedah perubatan moden. Oleh itu, Luban di namakan sebagai Pokok Boswellia bagi mengingati jasa beliau. Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew). Manakala bagi dunia Barat pula, nama “frankincense” adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis. Frankincense, seperti myrrh adalah getah pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua. KEISTIMEWAAN LUBAN 1.MAKANAN ANJURAN NABI : Berkongsi keberkatan makanan dan Amalan sunnah yg ditinggalkan...Setiap amalan sunnah sebenarnya tersirat rahsia keberkatan yang luar biasa dalam kehidupan manusia samada manusia cuba menyingkapnya atau tidak. Samada amalan berbentuk syariat ataupun amalan pemakanan. Setiap amalan yag disyorkan oleh nabi kita sebenarnya mempunyai hikmah atau rahsia yang besar disebalik suruhan baginda Muhammad s.a.w. utk dilaksanakan. Sebagai buktinya kami rasa bertanggujawab untuk berkongsi rahsia kehebatan luban,salah satu makanan sunnah yang kian terpinggir. Kehebatan khasiatnya telah disingkap oleh junjungan besar Nabi kita lebih 1400 tahun yang lampau dalam hadis-hadisnya yg terkandung dalam kitab-kitab perubatan Islam. Luban merupakan makanan As-sunnah yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Radhiallahu ajmain serta Imam As-Syafi’in dan ulama’-ulama’ agung selepasnya. Hal ini berdasarkan pesanan dan saranan Nabi kepada umat Islam agar menjadikan luban sebagai makanan untuk mencerdaskan minda dan menguatkan ingatan anak-anak bermula di dalam kandungan lagi. Rasulullah SAW bersabda: “Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.” - Kitab Thibbun Nabawi. Imam Ali Ridha (sa) berkata: “Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil.Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani.Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya.” - Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2) Rasulullah SAW bersabda: “Wahai perempuan–perempuan mengandung, perkenalkan olehmu kepada anak-anak kamu LUBAN semasa mereka di dalam perut kamu, kerana sesungguhnya ia dapat MENCERDASKAN AKAL dan MENGUATKAN INGATAN." Kitab Rahmah Thibbun Walhikmah , Imam Sayuti. Banyak riwayat dari Ibnu Abbas,Anas(r.anhuma) dan Saidina Ali(k.w) maksudnya : “Di riwayaktkan daripada SaidinaAli(k.w.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saidina Ali(k.w.) menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan”. Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lendir balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan sIstem pernafasan. Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah. Maka tidak rugi jika kita mengambil langkah awal untuk penjagaan minda, fizikal, rohani anak-anak kita sejak dari dalam kandungan , sehingga mereka lahir dan membesar dengan pengambilan makanan sunnah yang tiada tandingan dan penuh barokahnya. KHASIAT LUBAN Antara khasiat luban yg disebut oleh ulama' adalah: 1. Merawat penyakit lupa dan mengelakkan penyakit nyayuk. 2. Menguatkan penglihatan. 3. Membantu melawaskan sistem penghadaman. 4. Menghilangkan masalah kahak. 5. Mengeluarkan angin dalam badan. 6. Melawaskan pembuangan air kecil. 7. Mengelakkan masalah silsil bul ( kencing tak lawas ). 8. Merawat saraf lidah utk membantu meringankan masalah pertuturan dan mudah berkomunikasi. 9.Memberi ketenangan (menghilangkan stress) 10.Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran. 11.Menambahkan keyakinan diri 12.Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan Kini para ilmuwan telah mengamati bahwa ada kandungan dalam kemenyan yang menghentikan penyebaran kanker. Belum diketahui secara pasti kemungkinan kemenyan sebagai anti cancer. Luban juga disyorkan sebagai obat untuk tumor, bisul, muntah, disentri dan demam. Dalam perubatan tradisional Cina, kemenyan digunakan untuk mengubati masalah kulit dan pencernaan. Sedangkan di India, kemenyan digunakan untuk mengubati arthritis( lutut kurang lendir ). Khasiat kemenyan sebagai ubat arthritis tersebut mendapat dukungan dari penelitian makmal di Amerika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan