Khamis, 29 Disember 2016

SEJARAH MALIM NAWAR

ASAL NAMA MALIM NAWAR Menurut cerita orang tua, nama Malim Nawar berasal daripada nama seorang mualim (ilmuan ugama) yang terkenal yang bernama Alim. Pada masa itu, sesiapa sahaja yang sakit maka mereka akan berjumpa dengan mualim tersebut bagi mendapat air penawar yang dipercayai mujarab bagi menyembuhkan banyak penyakitnya. Oleh yang demikian, bomoh mualim menjadi terkenal di daerah Kinta ini. Orang ramai sering menyebut-nyebut tentang kebijaksanaan mualim dan tentang air penawarnya. Lama-kelamaan nama mualim dan penawar kemudian dicantumkan menjadi perkataan Malim Nawar yang dikenali hingga sekarang. Selain nama Malim Nawar, pekan ini juga dikenali sebagai Sungai Kunyit. Gelaran nama ini biasanya disebut-sebut oleh masyarakat Cina. Ia terkenal dengan hasil keluaran bijih timah pada suatu masa dahulu. Dipercayai bahawa nama Sungai Kunyit adalah panggilan bagi masyarakat Cina bagi sebatang sungai yang terletak di tepi jalan raya berhampiran dengan sebuah tokong Cina. Nama Sungai Kunyit juga digunakan sebagai nama terjemahan bagi bangsa Cina untuk pekan Malim Nawar hingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan