Rabu, 28 Disember 2016

Petua Kepada Kaki Hiking dan Jungle tracking

Petua kepada kaki hiking dan jungle tracking. Bila cuti, saya akan balik kampung, dan tinggal kt rumah atuk saya. Atuk saya ni memang buat kerja2 kampung. Saya pernah juga la ikut atuk redah hutan, semak samun. Walaupun jarang2 je.. Jadi, sebelum nk masuk hutan / kwasan2 semak, atuk saya bagi tips untuk elak pacat merayap dan gigit anggota badan kita. Pacat ni habitat yang tinggal di kawasan2 yang lembab, dalam hutan dan semak samun. Nampak kecik je, tp badan kita kalau takde antibodi kuat, gigitan dia boleh tinggal kesan kudis tau. Bahan utama yang kena ada, 1. TEMBAKAU. 2. KASUT 3. KAIN PERCA Atuk saya ni, sebelum nk masuk hutan dia akan pakai kasut "phua chu kang" legend dia. Lepas tu dia ambik tembakau yang dh lumat, dia serapkan pada kain perca. Kain tu dia lilit pada buku lali kasut dia. Lilitan kain tu kononnya zon terakhir pacat tu boleh merayap. Sebab pacat memang anti dengan tembakau. Masa tu, saya baru tau. Jadi, saya buat test nak pastikan mujarab atau tidak. Rupanya bila diletak pacat tu pada kain tembakau tu, terus "K.O" mcm "overdose". Jadi, yang suka dengan aktiviti Jungle Tracking, masuk hutan, boleh cuba cara tradisional ni. Sangat menjadi. Orang lama2 ni banyak sangat petua, yang kita orang sekarang tak banyak tau.. Sbb tu, kebanyakkan datuk nenek kita walau dah berumur lanjut, tapi jarang ada sakit. Sbb diorang ada banyak amalan2 petua penjagaan diri.. Sahabat2 yang ada petua2 orang lama, boleh kongsi sama-sama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan