Selasa, 3 Januari 2017

Dadah : Kenali Najis Yang Memusnahkan Masyarakat

Ini laa haramjadah yg membunuh Ummah.. Dadah sintetik; Metamfetamin, atau Amphetamine Type Stimulant (ATS), atau Syabu, atau nama nama lain seperti meth, glass, ice, crystal, crank, speed, rock, batu, atau ya ba (thailand). Metamfetamin ini adalah sejenis dadah yang perangsang yang mampu menghasilkan perasaan ghairah yang sangat kuat kepada pengguna dan boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk kepada pengambil.. Metamfetamin dicipta untuk kali pertama oleh seorang ahli kimia Jepun; A. Ogata pada tahun 1919 dulu. Penggunaan dalam ketenteraan Metamfetamin diberikan kepada askar untuk menghilangkan perasaan takut dan merangsangkan penagih agar menjadi lebih ganas dan agresif.. Semasa Perang Dunia 2, tentera Jerman Wehrmacht dan Tentera Merah Soviet (Soviet Red Army) sering dibekalkan dengan metamfetamin. Adolf Hitler juga di katakan menyuntik dirinya dengan metamfetamin. Selain itu , juruterbang kamikaze Jepun juga dibekalkan dengan metamfetamin ini.. Metamfetamin yang dihasilkan dengan campuran anhydrous ammonia dipanggil sebagai Nazi Dope kerana dikatakan pihak Nazi menggunakan kaedah tersebut untuk menghasilkan metamfetamin. Ia juga di kenali sebagai annie 's dope atau annie sahaja.. Syabu mula diberikan perhatian apabila pengambilan dadah jenis ini dikalangan generasi muda dikenal pasti punca utama peningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol.. Pengambilan dadah ATS menyebabkan mereka tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh. Malah akibat tidak sanggup menghadapi tekanan kesengsaraan itu, ada akhirnya penagih memilih untuk membunuh diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan